Ahad, 13 Januari 2013

9 Jenis Nama Anak Syaitan

Assalamualaikum !! : )

Jangan beri nama-2 ini kepada anak-2 anda !!!

Umar Al-Khattab r.a berkata , terdapat 9 jenis nama anak syaitan :-

1. Zalituun
-Duduk di pasar/kedai - Mengoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-2 yang tidak
perlu.

2. Wathiin
-Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk kepada ALLAH.

3. A'awan
-Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat.Terlena dengan kedudukan/kekayaan hingga terabaikan kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
-Berkawan baik dengan kaki botol.Suka menghampiri orang yang berada di tempat-2 maksiat (Contohnya : disko , kelab malam dan tempat yang ada minuman keras)

5. Murrah
-Merosak dan melalaikan ALLAH dan orang yang suka muzik sehingga lupa kepada ALLAH . Mereka ini tenggelam dalam kemewahan dan glamour sementara .

6. Masuud
-Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah , gosip , umpatan dan apa saja penyakit yang keluar dari kata-2 mulut .

7. Daasim (Berilah Salam Sebelum Masuk Ke Rumah)
-Duduk di pintu rumah kita.Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah , Daasim akan bertindak agar terjadi keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai , suami bertindak ganas , memukul isteri , isteri hilang pertimbangan menuntut cerai , anak-2 didera dan pelbagai kemusnahan rumahtangga lagi)

8. Walahaan
-Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat seta ibadat-2 kita yang lain .

9. Lakhuus
-Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari

Credit:- Lulu Pages

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen jgn Tak komen .. Kepada yg komen tu .. Terima kasih taw .. PEACE : )